churp2

Ahad, 7 Oktober 2012

Petua mencantikkan kuku

Kecantikan merupakan idaman setiap manusia baik kaum hawa mahupun kaum adam. Kecantikan tidak terhad kepada memiliki aset seperti wajah yang mempesona, malahan aspek kebersihan dan rapi termasuk anggota seperti kuku tidak dipandang enteng.

Disebabkan inginkan kesempurnaan daripada hujung rambut ke hujung kaki, justeru ramai dalam kalangan anggota masyarakat sanggup menghabiskan banyak wang ringgit semata-mata ingin kelihatan cantik.
Masyarakat pada zaman dahulu menjaga kecantikan dengan hanya menggunakan bahan yang terdapat di dapur atau sekeliling rumah sahaja seperti limau nipis dan bawang.

Namun pada post kali ini, saya akan kongsikan kepada anda semua petua untuk mengilatkan kuku dengan mudah, murah dan yang paling penting, berkesan.



Hanya dengan meggunakan ubat gigi, kuku akan kelihatan berkilat dan bersih. Caranya adalah dengan meletakkan sedikit ubat gigi pada berus gigi lama dan kemudian berus pada kuku seperti memberus gigi. Hasilnya boleh dilihat dalam masa yang singkat. Hanya amalkan beberapa kali semasa atau sebelum mandi, kuku anda pastinya akan berkilat dan cantik.

Petua mencantikkan kuku yang lain pula adalah dengan menggunakan bawang putih dan limau. Bagi petua bawang putih, kupas bawang putih. Kemudian, potong dan gosokkan bawang putih yang telah dibelah pada kuku. Selain mencantikkan kuku, bawang putih berfungsi menguatkan struktur kuku. Hasilnya, kuku tidak mudah pecah, patah dan akan kelihatan cantik.

Bagi yang rajin memasak atau bercucuk tanam, pasti sering mengalami masalah kuku yang kotor, kelihatan kekuningan atau kehitaman disebabkan getah tumbuhan ataupun benda asing lain. Sudah tentu penampilan anda akan sedikit jatuh kerana masalah tersebut. Usah risau, kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Caranya, ambil limau nipis atau kasturi. Kemudian belah kepada dua bahagian. Gosokkan kuku anda yang kelihatan kotor pada limau yang telah dibelah.


Terima kasih kerana sudi meluangkan membaca tulisan saya. Saya harap anda mendapat manfaat daripada artikel ini.

*Kredit kepada Tuan punya gambar yang saya ambil daripada Mr. GOOGLE

Ahad, 6 Mei 2012

Ambal (siput buluh)


AMBAL (SIPUT BULUH)




ambal (siput buluh)
Ambal merupakan salah satu spesis hidupan laut yang tinggal di dalam pasir. Ambal akan dikutip mengikut musim.. Antara peralatan dan bahan-bahan untuk mengutip ambal adalah sebatang kayu (penugal) sama ada yang telah siap diikat dengan bekas yang digunakan khas untuk meletakkan campuran kapur (kentong) atau tidak, lidi atau buluh yang diraut dan kapur.. Seeloknya kapur yang telah diuli dengan abu dan garam.. Campuran kapur dan garam akan menambah kesan kepedihan pada mata ambal yang akan menyebabkannya keluar daripada pasir.. Abu pula berfungsi utuk mengeraskan kapur supaya tidak terlalu cair. Bekas untuk meletakkan ambal seperti baldi juga amat penting..

Pengutip ambal akan pergi ke laut semasa air pasang.. Mereka akan menunggu sehingga air mulai surut untuk mula mengutip ambal.. Cara mengutip ambal agak unik.. Penugal akan ditumbuk pada pasir sehingga lubang ambal muncul.. Kemudian lidi dicucuk ke dalam campuran kapur yang seterusnya dimasukkan secara mengejut ke dalam lubang ambal.. Ambal yang telah keluar daripada pasir mesti segera dikutip bagi mengelakkannya masuk kedalam pasir semula.. 


 Terdapat beberapa jenis ambal yang telah dikenal pasti.. Antaranya ambal "riong", ambal gaban yang juga dikenali ambal "jerenang" bagi sesetengah tempat dan ambal biasa..

Ambal riong mempunyai struktur badan yang lebih panjang dan mempunyai garis-garis kecil pada kulitnya.. Ambal riong merupakan ambal yang paling mencabar untuk diperoleh kerana ambal ini "degil" untuk keluar daripada pasir walaupun berkali-kali lidi berkapur dimasukkan ke dalam lubangnya.. Ambal ini juga lebih liat dan ringan.. Ramai yang tidak menggemari ambal ini..
Seterusnya ambal gaban atau jerenang yang bewarna kehitam-hitaman dan nampak seperti berkarat.. Ambal ini mempunyai saiz yang besar.. Berat ambal ini mampu mencecah satu kilo dalam 50 ekor sekiranya bersaiz besar.. Rasanya pula lebih manis dan lembut daripada ambalriong.. Walaupun ramai yang menggemari ambal ini, tetapi terdapat sesetengah orang yang tidak mahu makan ambal ini kerana geli dengan struktur dan saiznya..
Ambal biasa pula berwarna putih dan lebih kecil.. Ambal jenis ini juga mempunyai penggemar yang ramai kerana mempunyai rasa sedikit manis dan berstruktur lembut..


Apabila air mulai pasang, pengutip ambal akan mula berjalan ke perahu atau bot.. Mereka akan bertolak balik apabila air pasang.. Saya teringat masa kali pertama saya mengikut mak pergi ke laut untuk mengutip ambal..Masa tu umo saya dalam 9 tahun.. Saya mencari leka sehingga air mulai pasang.. Akibatnya saya terpaksa mengharungi air yang separas dada.. Entah bagaimana saya tergelincir dan ambal jatuh ke laut semula..
Semasa di pasir ambal, terdapat banyak pantang larang yang kita harus patuhi.. Sekiranya kita melanggar pantang-larang tersebut, dipercayai akan berlaku kejadian buruk atau ambal akan lari..  Antaranya tidak boleh menggunakan selipar atau kasut di atas pasir ambal, tidak boleh berpayung semasa mengambal, dilarang memasukkan ambal di dalam saku dan menyebut tentang perkara yang tidak elok..

pemandangan di pasir ambal pada waktu petang
Selain daripada menggunakan penugal untuk mencari mata atau lubang ambal, kita boleh juga mengenal pasti kewujudan ambal dengan mencari tahinya.. Terdapat berbagai jenis tahi ambal yang boleh dikenalpasti.. Pancutan yang ambal buat juga dapat dijadikan penjejak kesan ambal.. Selalunya ambalakan memancutkan air pada waktu pagi.. Untuk menjejaki ambal dengan cara tersebut, kita mestila peka dan fokus..

Harga ambal sekitar RM10 sekilo semasa peraih membeli daripada pengutip ambal.. Peraih akan menjual dalam RM 14-20 bergantung kepada kuantiti ambal serta persaingan.. Harga ambal pernah jatuh sehingga RM4 sekilo semasa musim ambal terlalu banyak.. 
Sebelum dimasak,ambal perlu dibasuh bersih-bersih bagi membung pasir terlebih dahulu.. Orang tua-tua pernah memberitahu bahawa untuk menghilangkan pasir pada ambal dengan mudah dan cepat, masukkan sedikit garam ke dalam air yang mengandungi ambal tadi.. Pelbagai hidangan atau lauk boleh terhasil daripada ambal.. Ambal boleh dimasak kari, masak kunyit, direbus begitu sahaja dengan garam atau dicampur bahan penambah perasa yang lain seperti serai, dibuat cucur dan sebagainya..