Disebabkan inginkan kesempurnaan daripada hujung rambut ke hujung kaki, justeru ramai dalam kalangan anggota masyarakat sanggup menghabiskan banyak wang ringgit semata-mata ingin kelihatan cantik.
Masyarakat pada zaman dahulu menjaga kecantikan dengan hanya menggunakan bahan yang terdapat di dapur atau sekeliling rumah sahaja seperti limau nipis dan bawang.
Namun pada post kali ini, saya akan kongsikan kepada anda semua petua untuk mengilatkan kuku dengan mudah, murah dan yang paling penting, berkesan.
Hanya dengan meggunakan
ubat gigi, kuku akan kelihatan berkilat dan bersih. Caranya adalah dengan
meletakkan sedikit ubat gigi pada berus gigi lama dan kemudian berus pada kuku
seperti memberus gigi. Hasilnya boleh dilihat dalam masa yang singkat. Hanya
amalkan beberapa kali semasa atau sebelum mandi, kuku anda pastinya akan
berkilat dan cantik.
Petua mencantikkan
kuku yang lain pula adalah dengan menggunakan bawang putih dan limau. Bagi
petua bawang putih, kupas bawang putih. Kemudian, potong dan gosokkan bawang
putih yang telah dibelah pada kuku. Selain mencantikkan kuku, bawang putih
berfungsi menguatkan struktur kuku. Hasilnya, kuku tidak mudah pecah, patah dan
akan kelihatan cantik.
Bagi yang rajin memasak atau bercucuk tanam, pasti sering mengalami masalah kuku yang kotor, kelihatan kekuningan atau kehitaman disebabkan getah tumbuhan ataupun benda asing lain. Sudah tentu penampilan anda akan sedikit jatuh kerana masalah tersebut. Usah risau, kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Caranya, ambil limau nipis atau kasturi. Kemudian belah kepada dua bahagian. Gosokkan kuku anda yang kelihatan kotor pada limau yang telah dibelah.
Masyarakat pada zaman dahulu menjaga kecantikan dengan hanya menggunakan bahan yang terdapat di dapur atau sekeliling rumah sahaja seperti limau nipis dan bawang.
Namun pada post kali ini, saya akan kongsikan kepada anda semua petua untuk mengilatkan kuku dengan mudah, murah dan yang paling penting, berkesan.


Bagi yang rajin memasak atau bercucuk tanam, pasti sering mengalami masalah kuku yang kotor, kelihatan kekuningan atau kehitaman disebabkan getah tumbuhan ataupun benda asing lain. Sudah tentu penampilan anda akan sedikit jatuh kerana masalah tersebut. Usah risau, kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Caranya, ambil limau nipis atau kasturi. Kemudian belah kepada dua bahagian. Gosokkan kuku anda yang kelihatan kotor pada limau yang telah dibelah.
Terima kasih kerana
sudi meluangkan membaca tulisan saya. Saya harap anda mendapat manfaat daripada
artikel ini.
*Kredit kepada Tuan punya gambar yang saya ambil daripada Mr. GOOGLE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan